Respon Zizan Razak Kahwini Gadis Terengganu, Bukan Emma Maembong | Pelawak terkenal, Zizan Razak telah mendedahkan dirinya bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis dari Kuala Terengganu yang baru dikenali selama dua bulan.

Teraju utama filem Cicakman 3 itu memberitahu dirinya merana apabila hubungan cintanya dengan aktres cantik iaitu Emma Maembong putus di tengah jalan.

“Hubungan kami putus selepas muncul bersama dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebelum itu, kami putus dan sambung semula pada awal Januari.

“Selepas berbaik, kami muncul bersama di AJL, tetapi nampaknya hubungan sukar dipulihkan. Awalnya saya sukar nak terima hakikat perpisahan. Saya merana dan pada ketika itu, saya tak mampu nak bangkit,” katanya.

Post a Comment

 
Top