Mesej Zizan Razak Pada Ayah Emma Maembong Yang Mengejutkan | Pelawak terkenal, Zizan Razak menyatakan majlis perkahwinannya dengan kekasihnya, Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu iaitu Ismail Embong.

Pemilik nama Mohd Razizan Abd Razak menyatakan dirinya tetap akan berlaku adil kepada masyarakat dan peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya nanti.

“Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.

“Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut,” katanya.

Post a Comment

 
Top