Kisah Sebenar Pengantin ‘Disaman’ Polis | Semalam saya telah di’tag’ oleh kawan-kawan saya berkaitan kes seorang pengantin lelaki disaman oleh Polis Trafik di Rompin dibawah tajuk “PERSANDINGAN TERTANGGUH” yang telah disebarkan melalui page myMetro.

Di page itu juga dipaparkan gambar pengantin yang sedang bersalam dengan seorang Pegawai Turus Trafik yang telah disamarkan wajahnya.

Dikatakan pengantin itu disaman lantaran lampu brek ketiga kenderaan yang dinaiki tidak bernyala. Pengantin itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat untuk menghadiri majlis persandingannya.

Saya mengaku gambar yang dipaparkan itu memang gambar suami saya Encik Hafiz Jamal. Namun saya hairan bercampur keliru kerana jalan cerita yang ditulis dalam akhbar itu bukan cerita yang sebenar dan banyak yang ditokok tambahkan.

Walhal kami dalam perjalanan untuk shooting gambar outdoor kami di Bukit Ibam. Bukanlah untuk menghadiri majlis persandingan kami di Segamat.

Kami datang dari Pasir Mas, Kelantan dan menuju ke Muadzam Shah. Saya jadi pelik dengan berita yang disiarkan bercanggahan dengan situasi sebenar.

Memang benar lampu brek ketiga kenderaan yang kami naiki tidak berfungsi. Jenis kenderaan yang dinyatakan di dalam akhbar adalah Perodua Myvi namun sebaliknya kami menaiki Nissan Navara.

Saya jadi kesal bila baca komen-komen yang negatif berkaitan dengan PDRM diluahkan pada gambar kami. Sedangkan polis terbabit hanya memberikan amaran kepada kami bahkan menghulurkan salam dan mengucapkan “Selamat pengantin baru kepada kami”

Saya percaya wartawan myMetro mendapatkan gambar kami di page Polis Pahang yang telah dimuat naik pada 1 April 2015 yang kemudiannya gambar yang sama disamarkan muka diletakkan pada page myMetro.

Konklusinya saya dan suami tak marah gambar kami diviralkan namun kami jadi sangsi dengan dengan kisah yang dipaparkan bukan dari kisah yang sebenar.

Terima kasih PDRM atas budi bicara yang baik buat kami.

Post a Comment

 
Top