Gadis Ini Jadi Punca Sebenar Zizan Razak Dan Emma Maembong Putus Cinta | Pelawak terkenal, Zizan Razak sudah pun menghantar rombongan merisik yang juga merupakan gadis sekampung dari KualaTerengganu.

Rombongan merisik keluarga Zizan dikatakan telah bertandang ke rumah si gadis pada Rabu minggu lalu malah ruangan itu juga berjaya mencungkil nama sebenar bakal isteri Zizan iaitu Nor Edura Diyana Hisham yang baru berumur 24 tahun dan menuntut dalam bidang perakaunan di universiti tempatan di Terengganu.

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Zizan sudah pun menjalin hubungan dengan gadis tersebut sejak selebriti itu masih bercinta dengan Emma namun perkara itu tidak diketahui benar atau pun tidak.

Si gadis juga dikatakan pernah bergambar bersama Emma di sebuah restoran tapi memperkenalkan diri sebagai peminat Emma. Malah apabila isu Zizan dan si gadis yang dikatakan sebagai orang ketiga itu muncul, Zizan berkali-kali menafikan dengan pihak media.

Post a Comment

 
Top