Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Hasil siasatan rapi dan terperinci Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa beliau menjadi ketua kerajaan Malaysia mengesahkan Najib tidak terlibat langsung dalam kes itu.

“Antara perkara yang dilaporkan kepada saya semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu.

“Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut,” katanya.

Post a Comment

 
Top