3 Gambar Intim Emma Maembong Dan Kamal Adli Mandi Tepung | Pelakon terkenal, Emma Maembong kini digosipkan sedang bercinta dengan aktor kacak iaitu Kamal Adli selepas kedua-dua pelakon ini bergelar single.

Malah ada juga yang menjangkakan bahawa mereka kini sedang hangat bercinta namun mahu merahsiakan dulu perkara tersebut ketika ini. Semalam, melalui ruangan Syed Gebang dariUtusan Malaysia, ada sumber yang memberitahu secara lanjut tentang status hubungan mereka ketika ini.

Menurut Syed, dia telah menyiasat perkara berkenaan melalui orang yang paling rapat dengan Emma malah individu tersebut mengakui bahawa Emma memang selesa berkawan dengan Kamal. Bagaimanapun, sumber tersebut tidak mendedahkan atau mengesahkan bahawa pasangan itu bercinta.

“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta”

“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka. Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.

3 Gambar Intim Emma Maembong Dan Kamal Adli Mandi Tepung.


Post a Comment

 
Top