Pelakon terkenal, Fizo Omar tidak menafikan isterinya berkemungkinan besar terkena sihir apabila ramai orang cemburu dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.

“Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

“Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya,” katanya.

Tambahnya lagi, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua.

“Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki,” ujarnya.

4 Gambar Terbaru Mawar Fareeda Lepas Disihir Orang


Post a Comment

 
Top